in , , ,

Manifesto Malaysia Sejahtera: Kesihatan Sejahtera

Sebelum kita lihat manifesto Malaysia Sejahtera yang berkait dengan sektor kesihatan, harus kita fahami terlebih dahulu, bagaimana manifesto ini dibentuk.

Manifesto Malaysia Sejahtera terbina berpandukan 9 Teras Utama.

Klik pautan berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 9 Teras Utama Malaysia Sejahtera:

9 Teras Pembentukan Malaysia Sejahtera

Berdasarkan 9 Teras Utama ini PAS telah membuat 20 Tawaran Utama

Salah satu daripadanya adalah menambah bilangan doktor dan hospital pakar.

Ketahui lebih lanjut:

PAS juga telah menyusun manifesto mengikut 12 kelompok masyarakat

Bagi golongan wanita, Malaysia Sejahtera menawarkan Baucar Makanan Sihat dan Baucar Bantuan Saringan Kesihatan bagi menjaga kebajikan wanita.

Bagi Orang Kurang Upaya, tawaran yang diberikan adalah memperkukuh Akta Orang Kurang Upaya 2008:

  1. Pengecualian cukai kepada mana-mana rakyat yang ingin membuka pusat rawatan, pendidikan dan pemulihan OKU persendirian
  2. Memperkasa penyediaan pendidikan dan sistem sokongan.

Seterusnya, tawaran kepada penjawat awam bagi memastikan kesihatan yang sejahtera.

  1. Cuti khas bagi menjaga ibu bapa yang menghidapi sakit kronik.
  2. Cuti bersalin selama tiga bulan tanpa had bilangan anak.
  3. Memperkasa sistem kebajikan doktor dan kakitangan perubatan melalui penambahan bilangan doktor dan penambahbaikan jadual waktu kerja.
  4. Menanggung kos asas perubatan penjawat awam  bagi kes kecemasan dan kritikal di pusat kesihatan swasta.
  5. Melanjutkan tempoh waktu perkhidmatan klinik dan pusat kesihatan awam, bagi membuka peluang kakitangan perubatan menambah pendapatan.

Manifesto Malaysia Sejahtera menggalakkan Pekerja Swasta diberi waktu kerja yang fleksibel khususnya untuk wanita dan penjagaan ibu bapa yang sakit atau anak-anak OKU.

Manifesto kesihatan bagi masyarakat warga emas dan pesara pula adalah

  1. Mewujudkan pusat sokongan sosial dan kemasyarakatan.
  2. Menawarkan insentif pengendali profesional untuk warga emas berpenyakit kronik

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

menteri besar kelantan

PAS Kelantan GAGAL? – Nah Ini FAKTA SEBENAR PENCAPAIAN KELANTAN

9 Teras Pembentukan Malaysia Sejahtera