in , , ,

Mangsa Memali adalah syuhada – Presiden PAS

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa mangsa Memali adalah sebagai kalangan syuhada.

“Kita melalui ulama-ulama kita termasuk ulama yang hidup pada masa itu yang menyaksikan peristiwa Memali itu, mereka sudah membuat keputusan bahawa mereka itu para syuhada, diuruskan secara para syuhada,” kata beliau dalam sidang media sebelum program Sembang Santai bersama Ayoh Chik.

Beliau berkata, telah melakukan kesilapan dalam mengambil tindakan sedemikian rupa dan kerajaan pada masa itu sudah pun mengaku silap mereka dalam peristiwa Memali tersebut.

Ini diakui oleh pihak kerajaan sendiri yang bukan Tun Mahathir. Sepatutnya bila nak ditahan ISA mesti ada proses-proses dia. Kalau nak tangkap pun, komunis pun ada proses dia, kepung ke apa dulu, ni terus serang,” kata beliau

Beliau juga menyanggah kenyataan Mahathir yang mengatakan mangsa Memali menembak polis sedangkan mereka tidak memiliki senjata.

“Mereka ini tidak bersenjata. Nak kata orang Memali tembak polis tak betul, mana dia ada senapang. Tak ada senapang, tak ada apa,” ujar beliau – HARAKAHDAILY 4/5/2018

Sumber :

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6524-mangsa-memali-adalah-syuhada-presiden-pas

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

9 Teras Pembentukan Malaysia Sejahtera

PAS Kedah paling kuat di Malaysia !