in ,

Formula Tawaran PAS [Video]

Formula tawaran PAS 4+1, kenapa bukan 5?

Apa 4 dan apa +1 itu?

Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM (Dewan Pemuda PAS MAlaysia) dalam ‘Bicara Manifesto PRU-14: Tawaran Untuk Anak Muda’ menjelaskan berkenaan formula tawaran PAS 4+1.

Transkrip :
“Kenapa formula 4 +1, bukannya 5?”. Ha, ini saya nak sebutkan. Kalaulah formula yang saya sebut tadi – ada 4 formula. Formula pertama, Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Yang keduanya, Dokumen Hijau. Yang ketiganya, WINS. Yang keempatnya, Manifesto. Kalau BN nak tiru, silakan tiru. Kalau PH mampu tiru, silakan tiru empat perkara ini.

But, formula yang kelima tidak mampu ditiru oleh UMNO dan tidak mampu ditiru oleh pihak PH – which is our leaders. Ini disebut oleh Menteri di Parlimen : 71 pemimpin BN disiasat SPRM, 21 pemimpin PH disiasat oleh SPRM atas pelbagai tuduhan, dan there is 0 from Gagasan Sejahtera mahupun PAS sejak tahun 2013 disiasat dalam kes berkaitan dengan rasuah. Jadi, inilah the, I think, the biggest offering : tawaran yang ke-5, formula yang ke-5 iaitu pemimpin yang bersih, yang berilmu, yang berkebajikan. Insya-Allah perkara ini, kalau saya sebut di awal tadi, jika empat-empat yang awal BN nak tiru, silakan. PH nak tiru, silakan. Tapi formula yang ke-5 ini tidak mampu ditiru.

Kelantan, PAS Kelantan sejak tahun 1990 sehingga sekarang ini, 28 years there is no isu rasuah yang disabitkan. Dan di Kelantan, kami survive di bawah dua kepimpinan Menteri Besar – Yang Amat Berhormat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan sekarang ini Datuk Ahmad Yaakob. And we have – my last point – and we have survived 3 Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir yang sekarang ini mengetuai PH, daripada UMNO menuju ke PH sekarang ini. Tun Abdullah Badawi, the so-called Mr. Clean and Mr. Nice. Dan juga Dato Seri Najib sekarang ini.

So dari segi pengalaman di bawah 3 Perdana Menteri, we survived dan bersama-sama kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan gabungan. Kita pernah mentadbir di Terengganu dan juga Kedah. Dan semua ini adalah pengalaman yang kami, PAS, tawarkan. So this is the formula 4 + 1, yang mana saya kira baik untuk negara dan baik untuk anak muda, secara khususnya. Wallahu a’lam. Assalamualaikum”

 

Sila tekan pautan video dibawah untuk menonton.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

PAS Bersedia Memerintah Malaysia

Sarawak Report: Hancur Musnah Cereka Fitnah Jahat